Thursday

5 Tips untuk ibu bapa kepada anak AUTISME

Aza ada jua tedapat anak buah yang Autisme ane. Masa nya damit Aza liat lain usulnya. Dalam Hati Aza, anak ane luan gauk bana eh. Rupanya andang ulah nya aktif and sometime telampau super aktif jua. Lusir sana lusir sini, sampai Nene nya mengubit, pasal ia main air ,kakal jua ia nda beranti bemain air atu. Heee... cali ada jua,kesian ada jua. Tarau tarau ia beteriak kesakitan tapi nda ia menangis bah.. laju lusir nya ke bilik tamu. Aza bubut ia, pikir kan mengadu rah Mommy nya. Adih... inda... bisai lagi main nya rah tabir ah. Menarik narik tabir ia kan naik!.. hahaha.. super aktif bana.

So Now ia basar dah, Alhamdulilah, kurang jua udah ulahnya, mendangar jua ia tane becakap dan menagur. Alhamdulilah mudahan ia akan jadi anak yang pintar lagi soleh. Amin Ya Allah. Nah ane Aza kongsikan 5 Tips untuk ibu bapa yang ada anak Autisme. Semoga bermanfaat.





5 Tips untuk ibu bapa kepada anak AUTISME


1) LAMBAT MENULIS 📝
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) PELAT 🗣
Penyelesaian: Suruh murid bergayut (contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) ANAK LAMBAT BERCAKAP
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) ANAK TULISAN BURUK ✍🏼
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) HIPERAKTIF🚶
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

Semoga Bermanfaat.

No comments:

Post a Comment