Tuesday

Kelebihan Belajar Pada Waktu Pagi

Tym Aza damit damit dulu kan, bapa selalu bepasan tu, mun kan belajar biar awal pagi sebelum subuh atu, bangun tah kul 2 kah pukul 3 kah.. untuk belajar mengulangkaji pelajaran... paling bagus tym ane untuk menghafalkan pelajaran kalau kan ampir pereksa..

Rupanya banar tu pasan bapa atu. Dari sana tah Aza belajar tapi nda plang handal hantap sampai cemerlang tapi sekurang kurang nya dapat jua kepututsan Top 10 dan pernah jua Top 5 dalam kelas atu. Alhamdulilah. Nah ane Aza kan kongsikan lagi kelebihan kalau tane belajar sebalah pagi pagi ane dan jua kelebihan belajar sebalah malam..

Kelebihan Belajar Pada Waktu Pagi:


1. Setelah tidur malam yang baik, pelajar akan memiliki lebih banyak tenaga dan kemampuan yang lebih tinggi untuk melakukan aktiviti berikutnya.

2. Manusia disusun aktif pada waktu pagi dan tidur pada waktu malam. Jadi, pelajar mampu melakukan aktiviti seperti pergi ke perpustakaan atau sekolah pada waktu pagi.

3. Kebanyakan orang lebih mudah untuk dihubungi pada waktu pagi sehingga lebih mudah untuk berkomunikasi dengan kawan atau guru pada waktu siang jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan tentang pelajaran mereka.

4. Cahaya semulajadi lebih baik bagi mata pelajar. Cahaya lampu dapat membuat sakit mata dan dapat mempengaruhi tidur pelajar.

Manfaat Belajar Malam Hari


1. Orang di sekeliling lebih aktif pada waktu pagi. Pada waktu malam, mereka banyak beristirehat sehingga pelajar dapat belajar dalam keadaan tenang tanpa gangguan.

2. Jika rumah pelajar berhampiran dengan perpustakaan yang masih buka. Pelajar berpeluang untuk membaca buku dengan tenang di perpustakaan.

3. Pada waktu malam gangguan kurang berbanding pada waktu pagi. Sebagian besar kawan-kawan pelajar sudah tidur dan jaringan sosial pelajar akan menjadi kurang aktif sehingga waktu belajar pelajar tidak terganggu.

4. Pada waktu malam, pelajar dapat meningkatkan kebolehan kreatif pelajar dan membantu pelajar melihat sesuatu dengan konsep yang berbeza.

*Selamat Mengulangkaji Pelajaran🤗🤗

No comments:

Post a Comment